Skip to main content

Fender Notion review

 

Fender Notion 

Software Untuk Menulis Nota Muzik & Tab Gitar

Dalam dunia muzik moden, menulis skor atau tablatur lagu tidak lagi terbatas pada kertas dan pensel. Kini, dengan teknologi digital, kita boleh menulis, mendengar, dan kompose muzik dengan mudah. Salah satu aplikasi yang menonjol dalam kategori ini ialah Fender Notion.

Fender Notion adalah aplikasi music notation dan tab yang membolehkan pengguna menulis notation muzik standard dan tablature gitar/bass, dengan fungsi playback realistik, eksport fail ke format berbeza, dan kemudahan untuk bekerja di pelbagai peranti dan juga Operating system seperti MacOs, Windows, IpadOs, Android, Ios dan Linux. 


Apa Itu Fender Notion?

Fender Notion asalnya dikenali sebagai Notion Mobile, dimiliki oleh PreSonus. Kini, aplikasi ini telah diambil alih dan di-rebrand oleh Fender sebagai sebahagian daripada Fender Studio. Tujuannya adalah untuk menyediakan ekosistem muzik digital lengkap, di mana penulis lagu, gitaris, dan komposer boleh menulis muzik, menyusun muzik, dan mendengar hasil karya mereka terus. 

Bukan seperti efek gitar atau amp digital yang sangat sinonim dengan jenama Fender. Software Fender Notion lebih kepada alat tulis dan dengar muzik yang profesional, sesuai untuk semua peringkat pemuzik dari pelajar hingga profesional.

Ciri-Ciri Utama Fender Notion

Beberapa kelebihan utama yang saya nampak sepanjang menggunakan software ini:

1. Menulis Muzik Tanpa Had

Kamu boleh menulis skor muzik lengkap untuk banyak instrumen dalam satu dokumen. Ini sangat berguna jika membuat susunan lagu yang kompleks atau orkestra.

2. Guitar Tab & Notation Sekaligus

Kelebihan besar Fender Notion adalah kamu boleh menulis notation standard dan tablature gitar/bass dalam satu dokumen. Ini sangat memudahkan, supaya tidak perlu mencari software lain untuk menulis tab. Ada software notation lain yang tidak ada fungsi untuk menulis guitar/bass tab. 

3. Interface Mesra Pengguna

Fender Notion

User interface perisian ini sangat ringkas dan tidak memeningkan. Untuk insert note pula ada beberapa pilihan sama ada menggunakan virtual keyboard, guitar fretboard, drum pad atau Handwriting. Bagi kamu yang menggunakan ipad atau tablet, Handwriting Recognition ( Fender Notion akan mengenal pasti tulisan tangan kamu secara otomatik) akan dibuka apabila kamu membeli Feature Bundle yang boleh dibeli terus melalui perisian ini atau kamu boleh bayar keahlian Fender Studio Pro+ mereka pada harga yang berpatutan. 

4. Playback Dengan Bunyi Realistik

Bukan sekadar bunyi MIDI “beep-beep”, Fender Notion menggunakan sample instrumen sebenar, termasuk piano, gitar, drum, dan orkestrasi. Bahkan piano dan orkestranya menggunakan sampel dari London Symphony Orchestra, jadi kamu dapat dengar karya kamu dengan bunyi yang sangat realistik.

6. Pelbagai format

Selepas menulis muzik, kamu boleh eksport ke format:

  • PDF (untuk cetak atau kongsi)

  • MIDI (untuk rakaman / produksi)

  • MusicXML (untuk dibuka dengan software notation lain)

  • Audio file seperti WAV atau MP3

Ini sangat memudahkan untuk berkongsi muzik dengan rakan band, pelajar, atau klien yang mungkin menggunakan software notation lain. 

7. Integrasi Fender Notion dengan Fender Studio Pro

Salah satu kelebihan besar Fender Notion dalam ekosistem Fender Studio ialah keserasian dan aliran kerja langsung antara aplikasi notation dengan DAW (Digital Audio Workstation), iaitu Fender Studio® Pro. 

Fender menempatkan Notion dan DAW mereka (yang sebelum ini Studio One Pro) sebagai sebahagian daripada satu ekosistem yang saling bersambung.

Apa kegunaannya sebagai pemuzik / penulis lagu:

  1. Pemindahan fail langsung — Kamu boleh hantar notation dan audio dari Fender Notion terus ke Fender Studio Pro bila kedua‑dua aplikasi dibuka di rangkaian wifi yang sama. Ini bermaksud score atau idea muzik yang kamu buat di Notion boleh terus jadi bahagian track dalam projek DAW untuk rakaman, penyusunan, atau produksi lanjut tanpa eksport/import manual. 

  2. Workflow lebih lancar — Notion jadi “sketchpad” muzik kamu: tulis dan dengar, kemudian terus buka dan edit di Studio Pro untuk tambah rakaman, mixing atau produksi penuh. Tiada gangguan sebab data boleh dihantar tanpa langkah tambahan.

Fender Notion di iPad

Kenapa ini unik: 

Banyak software notation berdiri sendiri terpisah dari DAW biasa seperti Avid Sibelius dan Avid Pro Tools, Steinberg Dorico dan Steinberg Cubase

Tetapi dengan strategi ekosistem Fender, kamu boleh reka skor di Notion, kemudian terus bawa skor itu sebagai bahagian produksi penuh dalam Fender Studio Pro, tanpa banyak langkah eksport/import yang melecehkan. 

Ini sesuai untuk mereka yang nak music scoring dan production dalam satu aliran kerja yang konsisten dari idea awal hinggalah rakaman akhir.

Selain daripada itu, dari Studio Pro kita boleh kirim data terus ke Notion untuk tujuan penulisan notation yang lengkap atau buat Lead-sheet yang cepat untuk kegunaan persembahan pentas. Data transfer ini boleh dilakukan di antara peranti sekiranya peranti berada di rangkaian wifi yang sama. 
"buat Lead-sheet yang cepat untuk kegunaan persembahan pentas"

Kesimpulan

Fender Notion adalah software untuk menulis nota muzik yang lengkap, mudah digunakan, dan sesuai untuk Pemuzik yang serius tentang penulisan muzik dan tab. Dengan playback realistik, tab gitar, dan kemampuan untuk kerja di pelbagai peranti, ia sangat berguna untuk penulis lagu, gitaris, pelajar muzik, atau sesiapa sahaja yang mahu menghidupkan idea muzik mereka menjadi skor sebenar.

Jika kamu mahu mencuba, boleh muat turun dari iOS App Store, Android Play Store, atau laman web Fender Studio. Ia satu pelaburan kecil tapi memberi impak besar kepada proses kreatif kamu.

Comments

Popular posts from this blog

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poi...

For the Rest of My Life - Lyrics

Song Title: For the Rest of My Life Artist: Maher Zain Released: 2009 Album: Thank You Allah  Label: Awakening Worldwide Ltd. ------------------------------------------------------------ Maher Zain , a Lebanese-Swedish R&B singer, composer, and music producer, was born on July 16, 1981. In 2009, he published his debut album, 'Thank You Allah' produce by Awakening Records and which became a big hit around the world. Under the same production company's banner, he produce his second album titled 'Forgive Me' in April 2012 and his third album 'One' was released in 2016. This cover will be in the playlist Acoustic Raya. On behalf of HezMusic and the team, we want to send you our best wishes for a peaceful Ramadan. Salam Ramadan Mubarak to all!. Thank you. FOR THE REST OF MY LIFE I praise Allah for sending me you my love You found me home and sail with me And I'm here with you Now let me let you know You've opened my heart I was always thinking that l...

Mamarayou - Lirik

Tajuk Lagu: Mamarayou Lirik/Lagu:  Pastor Bios Solingkin --------------------------------------------- Sedikit info mengenai penulis lagu ini yang HezMusic perolehi daripada capaian internet, beilau bernama Pastor Bios Solingkin , seorang pemuda berbangsa Dusun yang berasal dari Ranau, Sabah. Dia menulis lagu ini ketika dia berada di Brunei Darussalam pada tahun 1997. Walau bagaimanapun admin HezMusic tidak mendapat sebarang info mengenai penyanyi asal lagu ini. Semoga terhibur dengan persembahan Instrumental Acoustic daripada HezMusic salam perkongsian. Terima kasih.   MAMARAYOU (Bahasa Dusun) Mamarayou oku kinorohingan Tontok tadau do pitimungan diti Sumayau om suminding oku di Yesus Nokointalang no kosianan Nu Korikatan Nu minamasi dahai Royohon dahai ngaran Nu Unsikohon dahai kasari Id suang do id ginawo dahai Poingompus yahai tamanud dia AKU MEMUJI TUHAN (Bahasa Melayu) Aku memuji Tuhan Pada hari pertemuan ini Menari dan menyanyi untuk Yesus Terserlah nyata kasih Mu Keda...