Skip to main content

#monundatang

 


#monundatang (Reviving Tradition | Preserving Heritage)

HezMusic Production dengan bangganya mempersembahkan #monundatang (Reviving Tradition | Preserving Heritage), sebuah program khas yang bertujuan mempromosikan pemeliharaan dan pemuliharaan alat muzik tradisional Sabah, Sundatang. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Tuni Sundatang, Rapot Sanggong, Bolos Ru Bulur, serta disokong oleh ArtsFAS, Yayasan Hasanah, dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Program Bengkel Sundatang

Program ini akan menampilkan bengkel bermain Sundatang selama (2) dua hari yang terbuka kepada 30 orang peserta di kalangan golongan muda dan mereka yang berminat untuk mempelajari muzik tradisional. Sundatang, melalui bengkel ini diharapkan dapat menjadi titik tolak dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan Sundatang.

Tarikh: 29-30 November 2024
Lokasi: JKKN Sabah
Masa: 9 pagi – 11 malam
Yuran Penyertaan: RM260/peserta
Umur: TERBUKA Kepada orang Awam

Harapan Program

HezMusic Production berharap program ini mampu menjadi pemangkin kepada usaha menarik minat generasi muda untuk mempelajari seni muzik tradisional Sundatang. Dengan bimbingan mentor dan pakar yang berpengalaman, peserta dapat menghayati keindahan alat muzik ini dan meneruskan tradisi bermain Sundatang ke generasi seterusnya. Kami juga percaya bahawa warisan muzik Sabah yang kaya ini perlu terus dimainkan dan dihargai dalam kalangan masyarakat muda agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Bersama Mentor dan Pakar

Bengkel ini akan dibimbing oleh barisan mentor dan pakar terkenal yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini:

Mentor:

  1. MC FEDDY SIMON (GINDUNG – Tuni Sundatang)
  2. CHARLES BIN OSINGKO (AKIETO – Rapot Sanggong)
  3. JOEFAZLY PRIESTLY JOROH (JOE – Bolos Ru Bulur)

Perkongsian Budaya & Warisan oleh: 

  1. DR RONALD YUSRI
  2. ENCIK ASUN ODUAN

Event Highlights

Selain bengkel, beberapa aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang program ini, termasuk:
  • Bengkel Bermain Sundatang
  • Perkongsian Budaya dan Warisan Sundatang
  • Pameran Sundatang
  • Pameran & Jualan Kraftangan Produk Sabah
  • Persembahan Monundatang

Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bermain Sundatang, tetapi juga untuk mengenali budaya Sabah dengan lebih dekat melalui pameran dan jualan kraftangan tradisional.

Pendaftaran dan Pertanyaan

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan Google Form. Calon yang terpilih akan dihubungi oleh pihak kami untuk proses seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila klik di sini untuk berhubung dengan admin.

Marilah kita bersama-sama memartabatkan warisan budaya dan muzik tradisional Sabah melalui program #MONUNDATANG ini. Sertailah kami dalam usaha memulihara keindahan dan keunikan Sundatang untuk generasi akan datang!


Update 24/10/2024: Maklumat Tambahan kepada semua protégé #monundatang

⏰ Masa Pendaftaran: 8:30 pagi – 9:00 pagi (29/11/2024)

Aktiviti Program Bengkel Bermain Sundatang:
1. Sesi belajar bermain Sundatang bersama Mentor.
2. Sesi Perkongsian Budaya dan Warisan bersama Pembicara Jemputan.
3. Peluang membuat persembahan pentas bersama Mentor.
4. Balik dengan membawa sebuah Sundatang.

Jumpa kamu di sana!

Sekian, Admin. #HezMusic #monundatang #hezmusicministry #acousticsantai

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poi...

Aspalela - Lirik

Tajuk: Aspalela Penyanyi: Saiful Apek Lagu/Lirik: Edry Abdul Halim / Mamo Agil / Mahmut At Tahun Diterbitkan: 2008 OST Filem: Duyung (Original Motion Picture Soundtrack) --------------------------------------------------------------------------------------------------- Sedikit info untuk dikongsikan oleh admin HezMusic mengenai penyanyi lagu 'Aspalela' iaitu Saiful Apek, atau nama sebenar beliau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff dilahirkan pada 12 Mei 1969, belaiu merupakan seorang pelawak terkenal di Malaysia. Beliau pernah diberi jolokan sebagai "Pelawak No. 1 Negara" semasa zaman kegemilangannya. Karier beliau bermula pada tahun 1994 dan sehingga kini beliau masih aktif dalam bidang hiburan Malaysia. Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara dan penghibur Malaysia. Lagu ini juga merupakan lagu OST filem Duyung yang telah ditayangkan pada 6 Mac 2008 (Malaysia) oleh syarikat penerbitan KRU Studios, Grand Brill...

Tumambangaan - Lirik

Tajuk Lagu: Tumambangaan Penyanyi: Tania -------------------------------------------------------- Lagu dalam bahasa Murut dari Sabah nyanyian asal oleh Tania . Lagu terjemahan dalam Bahasa Melayu disalin melalui internet, oleh itu jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan kami. HezMusic mengucapkan semoga semua terhibur, terima kasih dan salam perkongsian. TUMAMBANGAAN (Bahasa Murut) Mayo pana huang mu aka  Huang tumambangaan  Mambi huang randalom  Alasu sampilang-pilang Kason bahu pakuan aka  Nalubuk noh inan mu  Salakah kono ra haling  Gaya kono tauki  Tinatalai poh aka ruandu nu bandar Ku ra honsoi no kalah-kalah ralaah nu kayangan Kasian solor inan mu ra kibalanjain Nuh ralaah noro ra hingo nga ra namingkarap riun Hitu bilin ku riun aka Pasukuon ku riun Alulumon mu yak solor anak-anak andu mu TUMAMBANGAN (Bahasa Melayu) Meskipun besar niat hati mu Ada niat mau dua bini Hati yang hanya teringin Panas di sebelah menyebelah Harus bagaimana lagi sayan...