Skip to main content

About Us


Saya cukup faham perjuangan dalam industri muzik adalah satu perjalanan yang panjang dan memerlukan pengorbanan, kerja keras, ketekunan, dan dedikasi yang tinggi. Oleh itu, sokongan keluarga, rakan-rakan dan followers yang tidak putus-putus adalah kunci kejayaan HezMusic. Saya bersyukur perjuangan masih dapat diteruskan. Terima Kasih atas sokongan anda semua.
~Hezron Henrry

Siapakah Pengasas HezMusic?

Nama saya Hezron Henrry dan saya adalah pengasas HezMusic Production. Saya berasal dari pedalaman Sabah iaitu daerah Pitas, Sabah dan sekarang menetap di Semenanjung Malaysia. Saya berbangsa Rungus dan kedua-dua ibu bapa saya menetap di Kg. Manduring Kanibongan Pitas. Minat saya dalam bermain muzik tercetus apabila saya sering melihat pemain-pemain muzik gereja bermain muzik dengan baik sekali setiap kali mereka memainkan muzik. Selain pembelajaran secara formal, saya telah pun mula aktif dalam bidang muzik sejak tahun 2007.
Kerjaya dalam bidang muzik diteruskan pada tahun 2017 apabila saya telah ditawarkan untuk mengajar di sebuah Sekolah Jenis Antarabangsa di semenanjung Malaysia. Antara kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah kami telah berjaya membawa kumpulan koir untuk menyertai pertandingan berprestij peringkat antarabangsa iaitu Kuala Lumpur International Choir Competition 2017 dan kami telah mendapat "Broonze Diploma". Selain mengajar saya juga turut melakukan kerja– kerja freelance dalam bidang seni muzik dan persembahan. Dan sekarang saya telah bergerak secara profesional dalam Industri Seni Muzik bersama HezMusic Production.

Bilakah HezMusic ditubuhkan?

HezMusic Production telah memulakan operasi Home Studio pada tahun 2019 dan telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seterusnya pada tahun 2021, HezMusic secara sah telah mendaftar dengan Public Performance Malaysia (PPM).

Kenapa HezMusic?

HezMusic adalah gabungan dari tiga nama depan saya iaitu 'Hez' dan 'Music' bagi menggambarkan apakah yang saya lakukan. Manakala 'Production' saya gunakan untuk menunjukkan bahawa saya juga boleh menghasilkan lagu dan pelbagai perkhidmatan lain yang berkaitan dengan Music Production. Oleh sebab inilah saya telah memilih untuk mendaftarkan nama syarikat sebagai HezMusic Production.

Bagaimanakah cara untuk mengikuti perkembangan terkini HezMusic?

1. Melalui YouTube Channel HezMusic, Link: YouTube: HezMusic
2. Melalui Facebook Page HezMusic, Link: FB: HezMusic
3. Melalui Facebook Page Hezron Henrry Link: FB: Hezron
3. Melalui Instagram HezMusic, Link: IG: HezMusic
4. Melalui TikTok Hezron Henrry, Link: TikTok: Hezron Henrry
5. Melalui Sportify, Link: Sportify
6. Melalui Deezer, Link: Deezer

Hezron Henrry dan HezMusic.

Sebagai seorang pemuzik yang telah lama dalam bidang ini, saya mengembangkan skill recording saya di Home Studio dengan peralatan yang biasa-biasa sahaja. Pada mulanya saya berfikir Home Studio adalah tempat bagi kita untuk merakam demo sahaja dan jika kita mahu merakam lagu berkualiti tinggi dan lebih baik, kita kena merakam di studio yang sebenar. Tetapi lama-kelamaan saya sedar bahawa tidak mustahil untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti dari Home Studio. Dan apa yang kita perlukan adalah pengetahuan tentang proses-proses yang perlu dilalui dari awal pembikinan sehingga lagu tersebut siap untuk dipasarkan.

Comments

Popular posts from this blog

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poi...

For the Rest of My Life - Lyrics

Song Title: For the Rest of My Life Artist: Maher Zain Released: 2009 Album: Thank You Allah  Label: Awakening Worldwide Ltd. ------------------------------------------------------------ Maher Zain , a Lebanese-Swedish R&B singer, composer, and music producer, was born on July 16, 1981. In 2009, he published his debut album, 'Thank You Allah' produce by Awakening Records and which became a big hit around the world. Under the same production company's banner, he produce his second album titled 'Forgive Me' in April 2012 and his third album 'One' was released in 2016. This cover will be in the playlist Acoustic Raya. On behalf of HezMusic and the team, we want to send you our best wishes for a peaceful Ramadan. Salam Ramadan Mubarak to all!. Thank you. FOR THE REST OF MY LIFE I praise Allah for sending me you my love You found me home and sail with me And I'm here with you Now let me let you know You've opened my heart I was always thinking that l...

Tumambangaan - Lirik

Tajuk Lagu: Tumambangaan Penyanyi: Tania -------------------------------------------------------- Lagu dalam bahasa Murut dari Sabah nyanyian asal oleh Tania . Lagu terjemahan dalam Bahasa Melayu disalin melalui internet, oleh itu jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan kami. HezMusic mengucapkan semoga semua terhibur, terima kasih dan salam perkongsian. TUMAMBANGAAN (Bahasa Murut) Mayo pana huang mu aka  Huang tumambangaan  Mambi huang randalom  Alasu sampilang-pilang Kason bahu pakuan aka  Nalubuk noh inan mu  Salakah kono ra haling  Gaya kono tauki  Tinatalai poh aka ruandu nu bandar Ku ra honsoi no kalah-kalah ralaah nu kayangan Kasian solor inan mu ra kibalanjain Nuh ralaah noro ra hingo nga ra namingkarap riun Hitu bilin ku riun aka Pasukuon ku riun Alulumon mu yak solor anak-anak andu mu TUMAMBANGAN (Bahasa Melayu) Meskipun besar niat hati mu Ada niat mau dua bini Hati yang hanya teringin Panas di sebelah menyebelah Harus bagaimana lagi sayan...